Suruhanjaya Multimedia & Komunikasi

Bagi mereka yang termasuk dalam golongan “tegar” dalam penggunaan internet di Malaysia, sudah pasti tahu akan kewujudan dan fungsi SKMM, atau nama panjangnya Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia. Saya baru ada sekali pengalaman dengan SKMM dan hasil nya sangat memberangsangkan.
SKMM merupakan satu badan atau agensi kerajaan yang mengawal selia perjalanan “internet” di Malaysia. Er bukan internet sahaja, ia termasuklah telekomunikasi dan penyiaran. Maksudnya kalau anda tak puas hati dengan astro ker, anda boleh la buat laporan dengan SKMM.
Secara ringkasnya fungsi yang dijalankan SKMM adalah seperti berikut:

Nazar & Takdir

Nazar Tidak Dapat Mengubah Takdir, antara tajuk yang aku baca pada hari ini. Mungkin dikalangan kita tidak pernah bernazar, atau mungkin hanya setakat mempunyai niat sahaja. Dulu aku pun tak pernah bernazar, pernah terfikir nak buat tapi tak pernah jadi.
Nazar juga adalah sebab kenapa “perkara itu” terjadi.
Alhamdulillah, aku pun dah pasang nazar yang tersendiri. Apa niatnya aku tak ingin berkongsi secara terus, tapi mungkin secara tersirat di setiap entry yang aku tuliskan. Sudah tentu nazar yang dipasang itu hendaklah yang baik – baik, yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t (sumber disini).
Tapi aku terfikir juga, kalaulah aku tak dapat apa yang aku hajati tu, perlu kah aku terus melupakan niat yang ingin aku laksanakan tu?

 

Kembali kepada tajuk Nazar tidak dapat mengubah takdir tu, antara isi kandungan yang dibincangkan;-
Setiap pergerakan, langkah dan perjalanan kita di muka bumi ini telah ditentukan oleh Allah S.W.T iaitu qada’ dan qadar-Nya.
Dalam hal ini ada orang yang suka menazarkan sesuatu sekiranya hajatnya terlaksana atau terlepas daripada sesuatu yang tidak diingininya dan ini dilakukan dengan menggantung sepenuh harapan kepada belas ihsan dan kasih sayang Allah S.W.T.
Namun begitu nazar bukanlah suatu gantian yang semestinya diperolehi atau dipenuhi seperti yang diminta bahkan ia hanya sekadar suatu bentuk didikan jiwa agar seseorang itu sentiasa mengingati kekuasaan Allah dan mensyukuri nikmat-Nya. (sumber).
InsyaAllah apa yang aku hajati itu nanti akan tercapai, mungkin sebab apa yang aku hajati itu terlalu umum. Tak sabar rasanya

Putus Cinta Ada Ubat Tak?

Ada seorang kawan aku bertanya:
“Awak, putus cinta ada ubat tak?”
Aku berfikir sejenak, lalu memberi jawapan:
“Sakit…tiada ubat. Mungkin apabila Allah menghantar seseorang yang lain ke dalam hidup kita, itu adalah ubatnya”.
Aku rasa sama je jawapan aku ni dengan orang lain, dan rasanya pernah juga aku beri jawapan ni kepada kawan aku beberapa tahun yang lepas, dia ada tanya jugak.
Since this question was asked to me, timbul pula perasaan aku untuk menulis mengenai rasa putus cinta ni, dan apa ubatnya, purely based on my experienced lah, yer lah orang ‘hensem’ macam aku ni mesti dah banyak kali putus cinta. Haha…ok..

Jika dihitung rasanya banyak kali jugak aku putus cinta ni. So kalau dah banyak kali ini, boleh dikira sebagai playboy ker? Ha, banyak kali tu termasuklah zaman sekolah dulu. Sekali je pon cinta monyet waktu sekolah. Pastu tak jadi, pergi ke zaman u selama 7 tahun. Beberapa kali dalam tempoh 7 tahun tu.

Memang tidak dinafikan bila mana kita putus cinta ni atas pelbagai sebab, pasti akan rasa sakit kat hati. Bila hati sakit ni susah sikit nak berfikir positif. Dalam tempoh pemikiran dari emosi tak keruan ke pemikiran positif ni yang susah nak hadapi. Kalau cinta terhadap seseorang itu sangat mendalam, tempoh yang panjang terpaksa kita tempuhi. Kadan – kadang bila fikiran / emosi terganggu, macam – macam benda pelik yang boleh orang tu buat. Nasib baik agama kita ni mengharamkan bunuh diri. Kalau tak rasanya ramai jer orang – orang kita ni bunuh diri…rasenye lah. Er, sakit hati ni bukan sahaja sebab putus cinta, banyak lagi sebab lain.
Apa yang perlu dilakukan? Apa ubatnya? Seperti yang aku nyatakan di atas, ubat nya takda. Oh, mungkin ubat tidur boleh membuatkan kita lupa seketika, tapi berkesan ke ubat itu jangka yang panjang. Bangun – bangun je rasa jugak sakit hati ni. Kan? (sila ambil perhatian: aku tak pernah ambik ubat tidor)

Usually what do I do, adalah mem’busy’kan diri. Yes busy. Sebab itu aku zaman kat Jengka dulu ligat ber aktiviti pelajar. Join itu dan ini. Dari ke aktiviti biasa – biasa sehinggalah ke aktiviti yang heavy. Semua aktiviti yang aku join semua aktiviti yang berfaedah. Last – last aku jatuh cinta kat aktiviti jer. Haa, sebab tu sambung ke ijazah pengurusan acara. Buat aktiviti ni lain sikit dari ‘busy’ lain sebab biasanya jam 2 atau 3 pagi baru balik. Balik tu bukan nak mandi dah, terus tidor. Bagun esoknya ada lagi aktiviti lain.

Perkara yang kedua yang boleh melupakan benda – benda sakit hati ni INTERNET. Yes, internet. Aku khayal (lalai sebenarnya) bila online ni. Sebab kawan dalam internet ni ramai. Macam – macam benda aku boleh buat.

Ubat yang terbaik, mungkin seseorang yang baru, yang boleh membantu kita mencari ketenangan. Seseorang itu mungkin seorang kawan, seorang rakan, seorang sahabat, atau pun mungkin cinta baru. Allah menghantar kepada kita seseorang yang baru untuk mengubat hati kita yang terluka, walaupun ada kemungkinan kita akan sakit lagi dengan orang baru itu.

Kalau dah takut sakit hati, tak payah berangan untuk bercinta.
p/s: entry ini Nampak macam “MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI”. Memanglah sebab itu adalah pengalaman aku.

Aku dan Dia

Aku dan dia…

Ceh, tajuk macam bercinta pulak. Oleh kerana sekarang ini dok menunggu jawapan kerja kat UiTM yang entah bila akan sampai nih, budak dua orang inilah yang menjadi penyeri hidup…

Nama yang pandang ke arah kamera tu ialah Umaira Aisya’, dipanggil Umaira. Dia ni pangkat Kakak. Oh, dia sangat comel bila umur 2 tahun. Walaupun dah pangkat kakak, tapi perangai boleh dikatakan mengalahkan adik dia tu. Huuh..Yang best nyer kakak ni, dia suka bergambar, dan sangat fotogenik…she knows how to act in front of camera, buat muka yang macam – macam.
Yang tutup muka tu nama dia Umaira Safiyya’, dipanggil Fya. Aku ada cadangkan nama ke kakak aku dulu bagi nama Safiyyah Aisya, sebab kakak aku nak kekalkan nama Asiya, alih – alih amik nama tu. Dia ni kecik lagi, baru 2 tahun setengah, tapi nakal amat. Suka ketuk aku kat kepala bila aku tengah tidor…adoi, pagi pagi lagi dah mengacau. Takde bende lain dia nak cakap bila nampak aku “Ude, ude ude ude”…bosan plak aku dengar. Oh, dia ni tak suka bergambar, bila orang nak amik gambar dia jer pasti akan tutup muka…apelah dia ini, bergambar pun taknak..mesti jadi pemalu besar nanti.
Aku…bila nak ada anak nih…

Asal Damhamaza

Walaupun takda orang tanya mana datangnya “damhamaza” “mazadamha” tu, tetap juga aku nak cerita. Nickname damhamaza ni dah lama aku guna, sejak dari sekolah menengah lagi, kalau tak silap aku masa tingkatan 4.
damhamaza / mazadamha adalah nama aku yang diterbalikkan. damha=ahmad maza=azam. Kebanyakkan email aku dan username pasti akan bermula dengan damhamaza.
Tiada maksud yang tersirat pun disebalik nickname tu, bukan sebab awek, bukan sebab kawan – kawan, bukan sebab kecewa atau apa apa aje. Sebab diri sendiri jer.
Aku ada juga nickname yang lain bertujuan untuk hide diri. Jadi “stalker” haha…
Aku sayang dengan nickname damhamaza.

I Want Change

Kebanyakkan dari kita mesti hendak berubah kan? Tak kiralah nak berubah dari segi apa pun, nak jadi lebih baik, jadi lebih jahat, ada suasana baru, kerja baru dan sebagainya.
Banyak juga lagu dan cerita – cerita yang ditayangkan menggunakan tema “perubahan”. Sebagai contoh yang mudah, cerita Lagenda Budak Setan, yang mana dahulunya “budak setan” tu perangai macam setan, tetapi kerana cintanya, berubah la dia jadi yang sangat baik. Begitu juga tema perubahan kerana cinta, kerap juga digunakan.

Perubahan tu perlukan konsistensi yang kental. Ada orang cakap hari ni aku akan berhenti merokok, tup tup esok merokok semula. Ada orang kata nak jadi itu, last – last jadi asal semula. Mungkin mereka perlukan satu sebab yang kukuh dan mantap untuk mereka berubah.

Anda berubah kerana apa?

p/s: aku ingin jadi lebih baik kalaupun tidak berubah

Cinta & Internet

Sudah lama agaknya aku tak bercerita pasal cinta nih. Dulu ligat jugak bercerita. Siap ada buat puisi terendiri. Paling last aku buat pada tahun lepas menggunakan bulan dan bintang sebagai tema. Pada aku best lah buat puisi, walaupun simple tetapi maksudnya sampai kepada “target”. Ligat aku dulu, selalu lepak kat forum bagi pandangan pasal cinta…hehe. Adalah jugak kenalan yang hantar email cerita masalah. Macam jadi “punah”sihat terlatih pulak. Share puisi apa sume.
Tapi malangnya semua puisi aku terdelete dengan jayanya. Pergh, habis khazanah aku. Sebaik aku tak buat puisi pasal kehilangan puisi =). Now aku dah tak aktif sangat bercerita pasal cinta. Hangat bercinta kot?

Well I guest, tak perlu fokus pasal cinta la skang. Nak cari kerja dan duit dulu. Nanti dah ada kewangan barulah pi gatal nak bercinta.
Internet

http://damhamaza.com sudah kembali normal… now aku tak tahu nak buat apa ngan domain tu. Biar je lah mati macam tu dulu. Nanti aku renew balik…haha…

Sekian, sekadar melepaskan gian untuk menulis

UiTM & Kenangan

Selamat datang pelajar baru UiTM. Mereka semua akan mendaftar pada hari ini, di kampus induk hinggalah kampus cawangan.Tahniah juga diucapkan. Kepada pelajar lama, jangan lupa pula mendaftar nanti.
Bila sebut pasal UiTM ni, teringat pula pada zaman – zaman menjadi pelajar dulu. Seronok sangat jadi pelajar. Sekarang ni dah tak jadi pelajar, insyaAllah sedang menunggu keputusan untuk jadi staff UiTM pula. Mudah – mudahan dapatlah.

Aku mula masuk UiTM pada tahun 2003, Diploma Perakaunan. Waktu tu di UiTM Jengka. Oh adik aku pun dapat kat situ juga, dalam Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat.

Tamat pada tahun 2006 on-time walaupun terpaksa ambil peperiksaan khas sebab kantoi satu paper. Nasib baik ada peperiksaan khas tu, kalau tidak terpaksa extend aku. Haha…
Syukut, selepas itu aku masuk ke program pengurusan acara, satu program yang aku sangat suka sebab terlibat aktif dengan aktiviti pelajar. Time di UiTM Shah Alam pun aku aktif dan salah satu yang aku kenang ialah demo pelajar UiTM.
Aku takde lah dalam gambar tu, sebab aku dok tepi tepi ngan belakang belakang. Aku pikir aku nak jaga keselamatan mereka jer, mana tau ade tetibe terjatuh ker, terpatah kaki ker..macam mane? But that time memang happening lah.
Sebenarnya pelajar UiTM ni kuat juga berdemo dulu – dulu. Sampai satu tahap tutup universiti sebab pelajar tak puas hati ngan pengurusan. Tahun bape aku tak ingat dah.
Selain tu, banyak lah aktiviti lain yang aku ikuti. Syukur aku sangat sayang dengan UiTM.

Berpindah & Mesrahosting

Salam.

Domain http://damhamaza.com akan tamat pada bulan lapan nanti setelah wujud sejak 29 August 2008 dan One2event.com yang wujud sejak 23 Julai 2008. Masuk tarikh berkenaan pada tahun ini, maka sudah 2 tahun kedua – dua domain berkenaan wujud.
Dalam tempoh 2 tahun tu, macam – macam jenis blog aku buat, darilah cerita mengarut hinggalah ke cerita benar, tutorial dan sebagainya. Aku ni taklah serius sangat nak berblogging, sekadar suka – suka dan untuk belajar. Belajar macam mana nak beli hosting, macam mana nak guna wordpress dan sebagainya. Syukur alhamdulillah, tak sia – sia aku belajar semua ni. Ilmu tu aku guna untuk bantu company yang aku pernah kerja dulu, tolong kawan – kawan. Aku suka.


Tapi lately, rasa macam dah malas dah nak renew. Kenapa agaknya. Yang pasti mungkin sebab aku tak bekerja lagi nih..so takda kewangan lah nak renew. Total semua adalah dalam 200rm termasuk server ngan domain.

Mesrahosting
Siapa tak pernah dengar mengenai mesrahosting.net, mestilah mereka merupakan golongan baru kat alam maya ni…haha…betul ker? Rasa aku mesrahosting memang dah lama, yang dahulunya terkenal dengan downtime yang teruk, servis yang entah apa – apa. Anda google jer mesrahosting mesti sumpah seranah mendahului senarai.
Tapi sejak aku pakai, pengurusan mesrahosting sudah bertukar. Dan downtime yang berlaku sangat jarang. And mereka selalu juga hantar email jemput ulangtahun parti, hari raya itu dan ini.
Cuma mungkin domain .com sedikit mahal berbanding hosting lain. RM 50 untuk satu domain. Package server pula aku pakai linux RM 100 dengan 50gb bandwith, 10gb webspace…3 addon domain, dan lain – lain. Boleh rujuk sini
Lain – lain
Blog ini nanti akan jadi tempat yang aku suka untuk tulis. Aku suka tulis mengenai isu semasa, teknologi dan tutorial, puisi, cerita cinta dan sebagainya.
Maybe ada yang suka, ada yang tak suka…yang suka terima kasih, yang tak suka…tiada jodoh lah kita. Huhu…
Sekian, salam berblog baru

Mari Cuba Flock Versi Chrome

Sebelum ini aku pernah gunakan Flock ni. Menarik jugalah. OOps…apa itu flock? Flock merupakan social based browser. Maksudnya – facebook, youtube, twitter, flickr dan lain – lain telah disatukan dalam satu browser. Sekarang ini Flock adalah berasaskan Firefox, dimana tak silap saya asas firefox tu versi 2.5 (tak pasti) walhal sekarang firefox dah masuk versi 3.6.4.

Apa yang menarik, kali ini Flock menggunakan Chrome sebagai asas browser mereka. Oleh itu, Flock (beta) sekarang laju berbanding yang lame.

Sedikit excerpt dari Flock.com

Flock is faster, simpler, and more friendly. Literally. It’s the only sleek, modern web browser with the built-in ability to keep you up-to-date with your Facebook andTwitter friends.

Share web pages, photos, and video. Update your status and make comments—from anywhere on the web!

Get the award-winning Social Web Browser ™

Mari kita lihat ‘screenshot’ dan sedikit penerangan.

1. Interface Chrome & Flock

Personally, aku lebih tertarik dengan interface flock berbanding chrome.

xxx

2. Fungsi ‘group’

Terdapat fungsi ‘group’ yang membolehkan anda mendapatkan status terkini mengenai rakan – rakan anda. Ia bukan sahaja untuk sesuatu servis, tapi boleh dicampurkan sekali. Contohnya, anda create group Blogger, maka anda boleh masukkan blogger A yang mempunyai Facebook dan blogger B yang mempunyai Flickr ke kumpulan berkenaan.

xxx

3. Web Kesukaan dan Sidebar

Fungsi favor web. Dimana web kesukaan anda ni akan muncul di personal flock page anda. Di sebelah kanan pula ialah status terkini dari rakan twitter, flickr dan youtube. Facebook tak termasuk. Kenapa? Rujuk gambar bawah.

xxx

4. Facebook problem

Tapi tak tahulah kenapa tak boleh login facebook. Sebab ni rase macam tak best plak guna flock ni.

xxx

5. Akaun

Berkait juga dengan gambar atas, alasan yang diberikan adalah sebab tiada internet connection. Pelik juga sebab yang lain boleh login. Hmmm…

All in all, kurang puas hati pakai sebab tak boleh nak log in facebook. Nak google penyelesaian pula lepas ni.

Download sini << Versi Beta

p/s; hanya untuk microsoft windows buat sementara waktu.
Powered by WordPress | Buy cheap Sprint phones at BestInCellPhones.com | Thanks to Verizon cell phones, MMORPG and Fettverbrennung